Lawra Clarissa Anak Rahsid

fame, tvet, ece, kuching, skill
Salam Madani,
 
Saya Lawra Clarissa Anak Rahsid, dari Batch 1(ECCED 2024/2025), ingin berkongsi kegembiraan saya kerana selepas saja tamat Penilaian Portfolio & Amali pada 19/09/2025 (Jumaat), saya mencuba nasib untuk melamar kerja yang saya lihat Di Facebook, saya cuba nasib akhirnya pada isnin di panggil untuk temuduga jam 8 pagi.
 
Ini lah pertama kali saya hadiri temuduga kerja, satu pengalaman yang baru untuk saya, atas tunjuk ajar cara temuduga oleh Puan Faizah dan semua yang saya pelajari di FAME, saya dapat menjawab soalan daripada pihak Pengusaha, saya di minta menghadirkan diri pada 29/09/2025 .
 
Hari ini adalah hari pertama saya berkerja di Taska Little Wonders.
 
Dengan kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima Kasih pada Puan Faizah atas tunjuk ajar mengajar dan mendidik saya dan Puan Melissa atas sokongan Moral. Tidak dilupakan juga, FAME INTERNATIONAL SKILLS ACADEMY kerana telah menerima saya menjadi pelajar, bagi adik-adik yang ingin bercita-cita jadi guru Taska/Tadika daftarlah di FAME INTERNATIONAL SKILLS ACADEMY Kuching.
 
Sekian Terima Kasih
 
Ahkir kata dari saya ” Kejar lah impian biar pun sampai ke Negeri China”